awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idea kasino di Borneo Highlands, Kuching kontroversial tapi berani - Larry Sng

Missel Ernie Bick
Missel Ernie Bick
26/03/2023
04:30 MYT
Idea kasino di Borneo Highlands, Kuching kontroversial tapi berani - Larry Sng
Larry Sng berkata, mempunyai kasino di Kuching merupakan satu tindakan kontroversial tetapi berani yang akan merangsang pelbagai industri pelancongan dan hospitaliti negeri. - Gambar fail
KUCHING: Idea pembukaan kasino di Borneo Highlands, Kuching boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak.
Menurut Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, beliau menyokong sepenuhnya cadangan untuk menyokong seruan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah bagi membangunkan Borneo Highlands menjadi ‘Genting Highlands kedua’ negara.
Jelasnya, mempunyai kasino di Kuching merupakan satu tindakan kontroversial tetapi berani yang akan merangsang pelbagai industri pelancongan dan hospitaliti negeri.
“Memiliki kasino di Kuching adalah pendekatan berani yang akan merangsang pelbagai industri pelancongan dan hospitaliti negeri.
"Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini dan memberi perhatian kepada Abdul Karim dan Datuk Roland Sagah kerana membangkitkan kemungkinan ini.
"Tahniah kepada Karim Hamzah dan Roland Sagah kerana membangkitkan kemungkinan ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Resort yang terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari pusat Bandaraya Kuching itu merupakan satu-satunya pusat peranginan tanah tinggi di Kuching.
Pada masa ini, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah diberi tauliah untuk mengelolakannya dan sejumlah peruntukan telah diluluskan oleh Kabinet Sarawak untuk MPP dalam menyelenggara pusat peranginan itu.
Topic Berkaitan
#borneo highlands
#kasino di sarawak
#kasino di kuching
#Larry Sng Wei Shien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan