awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti sebenar tiga mangsa kebakaran dikenal pasti

Radhi Muslim
Radhi Muslim
21/08/2022
02:20 MYT
Identiti sebenar tiga mangsa kebakaran dikenal pasti
Mangsa-mangsa berkenaan merupakan pasangan suami isteri dan ibu kepada mangsa lelaki berkenaan. - Astro AWANI
SANDAKAN: Ketiga-tiga mangsa rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Rajawali, Batu Tujuh, Sandakan, akhirnya berjaya dikenal pasti.
Mangsa-mangsa berkenaan merupakan pasangan suami isteri dan ibu kepada mangsa lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, seorang mangsa lelaki dikenal pasti sebagai Chin Seong Vui berusia 54 tahun.
Katanya, mangsa wanita pula iaitu Lim Seong Chin, 52, dan Lee Kiu Moi berusia 84 tahun.
Hasil siasatan lanjut mendapati, semuanya merupakan warga tempatan.
Buat masa ini kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam pada Jumaat, sebuah rumah teres dua tingkat dilaporkan terbakar.
BACA: Tiga rentung kebakaran rumah di Sandakan
Tiga penghuni kemudiannya ditemui anggota bomba rentung di bahagian ruang tamu rumah di tingkat bawah rumah terbabit.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#identiti mangsa
#pasangan suami isteri
#ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan