awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ideologi Daesh: Polis perlu masa lengkapkan siasatan menyeluruh - Menteri Dalam Negeri

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/03/2026
23:44 MYT
Ideologi Daesh: Polis perlu masa lengkapkan siasatan menyeluruh - Menteri Dalam Negeri
Saifuddin menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2026 di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Padang Serai, malam tadi. - Gambar ihsan KDN
Tindakan pihak polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi menyiasat kes membabitkan enam remaja lelaki termasuk tiga di bawah umur kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berorientasikan ideologi Daesh adalah bagi memastikan siasatan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh siasatan yang lebih panjang diperlukan memandangkan kes ini berkait dengan konteks keganasan meskipun wujud desakan daripada beberapa kelompok 'pejuang' hak asasi untuk polis tidak menggunakan SOSMA dalam menjalankan siasatan terutama kepada individu di bawah umur.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal dan maklumat yang diperoleh daripada peranti milik suspek, polis mendapati individu-individu yang ditahan mengetahui mengenai risiko penglibatan mereka dalam aktiviti keganasan pada usia berkenaan.
"Dalam konteks ancaman keselamatan terutama yang mengambil pendekatan keganasan tentunya polis perlukan tempoh yang lebib panjang untuk melengkapkan siasatan.
"(Ini) terutama kalau libatkan gerakan serantau, kita terpaksa hubungi pihak berkuasa negara jiran dan mereka harus lakukan profiling, mengesahkan pula maklumat (daripada) intelligence (risikan) kita... kalau libatkan pula maklumat beberapa pelaku yang berpangkalan di luar negara, jadi proses ini tak mungkin selesai dalam tempoh dua tiga hari reman," tegas Saifuddin.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2026 di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, di sini, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, Saifuddin turut memaklumkan, penahanan kesemua suspek adalah susulan daripada risikan yang dijalankan Cawangan Khas sejak sekian lama selain pemantauan keatas aktiviti-aktiviti di media sosial serta beberapa aplikasi dalam talian.
Hasil siasatan, tegas beliau, turut mendapati wujud kaedah-kaedah baharu bagi menyebarkan ideologi berorientasikan keganasan yang diselitkan melalui medium seperti permainan dalam talian.
"Bila dia mengikuti trend ini dan tengok dunia realiti sebenar, terlalu banyak percanggahan. Jadi nak mewajarkan tindakan keganasan itu apabila bila dia melihat jalan yang 'betul' mengikut kefahaman mereka adalah menyertai pergerakan yang berorientasikan keganasan,
"Ini sangat bahaya dalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, pelbagai anutan kepercayaan dan agama, pelbagai budaya yang sudah sekian lama hidup rukun damai," jelasnya lagi.
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan cubaan menghidupkan semula ideologi kumpulan pengganas Daesh di negara ini dengan penahanan enam remaja termasuk tiga di bawah umur menerusi operasi khas baru-baru ini.
Mohd Khalid berkata, suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun ditahan dalam operasi dilancarkan oleh Cawangan Khas selama dua hari bermula 14 Februari di Lembah Klang, Johor, Kedah dan Terengganu.
Topic Berkaitan
#Daesh
#ideologi
#siasatan
#PDRM
#Saifuddin Nastuion Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan