awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Idris Haron: Laksanakan sistem 'Four Way stop' untuk kurangkan kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2013
10:40 MYT
Idris Haron: Laksanakan sistem 'Four Way stop' untuk kurangkan kemalangan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Melaka disaran melaksanakan sistem ‘Four Way Stop’ di kawasan pentadbiran masing-masing bagi mendidik pengguna jalan raya menjadi pemandu berhemah.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata, sistem berkenaan sudah lama diaplikasi di negara maju seperti Amerika Syarikat bagi mengurangkan kadar kemalangan.
Menurutnya, kaedah pemanduan itu memerlukan semua orang berhenti di persimpangan empat yang mempunyai tanda sistem terbabit selain persimpangan tiada lampu isyarat.
Manakala laluan akan diberikan kepada pemandu yang berhenti dahulu sekali gus sikap toleransi diamalkan akan menjadi budaya menjadi pemandu berhemah.
Terdahulu, sistem itu sudah diaplikasi di Taman Kenanga, lorong Pandan dan kamera litar tertutup diletakkan di persimpangan sebagai memastikan keberkesanan usaha dilakukan.
Bagaimanapun, ia hanya digunakan untuk keperluan di persimpangan tiada lampu isyarat dan di kawasan taman perumahan bagi peringkat permulaan.
Idris berkata, masyarakat tidak boleh menuding jari kepada kelemahan satu pihak sekiranya kemalangan sebaliknya sikap pengguna jalan raya turut menjadi penyebab utama.
“Tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan ialah pemikiran, budaya dan cara memandu yang tidak berhemah.
“Masing-masing memahami bahawa jalan raya adalah satu daerah yang mempunyai pihak atasan tersendiri iaitu polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PBT negeri dan tempatan,” katanya semasa merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan sumbangan duit raya kepada anak yatim anjuran Majlis Jaksa Pendamai, di Ayer Keroh.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kira-kira 100 pegawai dan anggota polis akan bertugas sempena Ops Selamat.
Topic Berkaitan
#hari raya
#idris haron
#kemalangan jalan raya
#Ops Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan