awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor

Dagang News
Dagang News
11/03/2026
03:06 MYT
 IGB Berhad terima kelulusan Kementerian Ekonomi bagi pengambilalihan dua lot tanah bernilai RM215 juta di Johor
- Foto DagangNews
IGB Berhad menerima kelulusan daripada Kementerian Ekonomi bagi cadangan usaha sama dan pengambilalihan dua lot tanah pajakan di Johor yang bernilai RM214.97 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu berkata anak syarikat milik penuhnya, IGB Corporation Berhad, akan melaksanakan usaha sama dengan Southkey City Sdn Bhd melalui syarikat tujuan khas, Enrich Horizon Sdn Bhd.
“Usaha sama tersebut merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan projek hartanah di Johor yang melibatkan pembangunan tanah strategik di kawasan pertumbuhan pesat di negeri itu.
“Sebagai sebahagian daripada cadangan tersebut, Enrich Horizon akan mengambil alih dua bidang tanah pegangan pajakan dengan keluasan kira-kira 859,897 kaki persegi yang terletak di Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru, Johor.
“Pengambilalihan tanah berkenaan dibuat daripada Southkey City dan berkait secara langsung dengan pelaksanaan usaha sama antara kedua-dua pihak bagi tujuan pembangunan masa depan,” katanya dalam makluman tersebut.
IGBCB akan memegang 70% pegangan saham dalam Enrich Horizon, manakala baki saham dimiliki Southkey City.
IGB berkata pihaknya telah menerima surat daripada Kementerian Ekonomi bertarikh 6 Mac 2026 yang meluluskan cadangan pengambilalihan tanah tersebut.
Surat kelulusan itu telah diserahkan kepada peguam vendor, sekali gus menjadikan perjanjian jual beli (SPA) bagi urus niaga tersebut tidak lagi tertakluk kepada sebarang syarat.
Perkembangan itu menandakan satu lagi langkah penting dalam memuktamadkan cadangan usaha sama dan pengambilalihan yang diumumkan oleh syarikat sebelum ini.
IGB sebelum ini membuat pengumuman berkaitan cadangan tersebut pada 27 Ogos 2025 dan 16 Februari 2026. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#IGB Berhad
#Kementerian Ekonomi
#ambil alih lot tanah pajakan
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan