awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan tunai zakat RM10 juta
[TERKINI] Konflik Asia Barat: 163 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11

World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11

Reuters
Reuters
11/03/2026
04:39 MYT
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Peserta mula memenuhi ruang masjid sempena World #Quran Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, di sini, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Program World #QuranHour (WQH) 2026 memasuki tirai penganjurannya yang ke-11, berlintas langsung selama satu jam dari lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.
Dengan tema 'Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia' dan pertama kali dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris, program tahunan itu memfokuskan Surah Al-Muzzammil sebagai surah tema.
Pekarangan masjid mula dipenuhi orang ramai termasuk tetamu jemputan sejak jam 9 pagi tadi.
Penganjuran kali ini amat bermakna apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke WQH 2026.
Keberangkatan baginda cukup signifikan dalam usaha menyokong, menyemarakkan budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Presiden UIAM, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; Rektor UIAM, Profesor Emiritus Datuk Dr Osman Bakar dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub.
Seramai 13 diplomat dan wakil kedutaan dari 13 negara bakal menyerikan lagi penganjuran World #QuranHour tahun ini antaranya Oman, Tajikistan, Rusia, Jordan, Iran, Afghanistan serta Iraq.
WQH 2026 dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dengan kerjasama UIAM selaku rakan penganjur.
Kali ini menandakan tahun ke-7 UIAM menjadi tuan rumah bagi penganjuran WQH.
Sinergi berterusan antara WUIF dan UIAM bukan sahaja memperkukuhkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional, tetapi juga memperluas impaknya secara global.
Program ini turut mendapat sokongan rakan sinergi seperti Islamic Tourism Centre (ITC), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Kumpulan Karangkraf, Sinar Karangkraf, Rasuah Buster, Karya Bestari, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, serta badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.
Astro Oasis bertindak selaku penyiar utama, manakala rakan media yang turut menyokong World #QuranHour 2026 termasuk Sinar Harian, Sinar Islam, NU Ideaktiv, Media Prima, TV9, RTM, TV AlHijrah, Astro Awani, Bernama, IKIMFM, TVIKIM, Zayan, MYTV Broadcasting, dan Denaihati.com.
Tahun ini, penganjuran WQH dijangka berlangsung di 696 lokasi di seluruh Malaysia, serta 13 lokasi di luar negara, termasuk di Kedutaan Malaysia di Doha, Paris, Vietnam dan Belanda, Masjid PUSDAI Bandung, Indonesia, Rumah Ngaji Mekah, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City serta Amerika Syarikat (AS).
Penyertaan ini mencerminkan bagaimana gelombang penghayatan al-Quran yang bermula dari Malaysia kini semakin berkembang merentasi sempadan negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Surah al-Muzzammil
#World #QuranHour
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.