awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IJN perkenal CareAide bantu perbaiki ketidakpatuhan pengambilan ubat

Bernama
Bernama
30/05/2022
12:46 MYT
IJN perkenal CareAide bantu perbaiki ketidakpatuhan pengambilan ubat
Institut Jantung Negara (IJN) memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu iaitu CareAide melalui kerjasama dengan CaringUp bagi membantu memperbaiki aspek ketidakpatuhan pengambilan ubat. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu iaitu CareAide melalui kerjasama dengan CaringUp bagi membantu memperbaiki aspek ketidakpatuhan pengambilan ubat.
IJN dalam kenyataan memaklumkan ia adalah platform pematuhan pertama di Asia yang diwujudkan dengan ciri-ciri bagi menangani masalah berkenaan dengan membenarkan campur tangan oleh ahli keluarga.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan, CaringUp mendapati keluarga memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan seorang pesakit. Platform ini menggunakan gabungan ciri-ciri yang direka bagi membantu pesakit mematuhi rawatan yang ditetapkan untuk mereka.
"Ia termasuk makluman kalendar yang diperibadikan, perkongsian maklumat mudah dengan penjaga dan doktor, serta fungsi penjadualan. Selain itu, CareAide menggunakan gamifikasi dan ganjaran untuk penjaga dan ahli keluarga bagi memacu perubahan positif dalam kehidupan mereka," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata sistem EMR IJN dijadual dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha kami pada transformasi 'sistem maklumat menyeluruh', yang pada asasnya memerlukan penggunaan penyelesaian kesihatan digital yang mana mungkin bagi memudahkan proses kami serta membantu pesakit kami menguruskan kesihatan mereka sendiri dengan lebih baik," katanya.
Beliau berkata usaha pendigitalan pusat itu juga akan menyokong matlamat jangka panjang kerajaan untuk memasuki Revolusi Perindustrian Keempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institut Jantung Negara
#IJN
#CareAide
#Aplikasi mudah alih
#CaringUp
#ketidakpatuhan pengambilan ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan