awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya dekat Batu Pahat

Bernama
Bernama
09/02/2016
23:35 MYT
Ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya dekat Batu Pahat
Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah. - Gambar fail
Seekor ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, petang Selasa.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mamalia tersebut ditemukan nelayan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.
"APMM menerima laporan pada 4.47 petang tadi. Sebuah bot kilat 47 bersama empat anggota APMM kemudian dihantar ke lokasi terbabit bagi bantuan menyelamat, namun, ikan itu didapati telah mati," katanya menerusi kenyataan.
Muhammad Zulkarnain berkata usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam Selasa kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi ini.
Seekor ikan paus sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui pada Isnin di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian dan haiwan itu kemudian berjaya ditarik ke laut.
Bagaimanapun, buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah.
Topic Berkaitan
#muhammad zulkarnain abdullah
#Pangkalan Maritim Batu Pahat
#Seekor ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya
#Semerah dekat Batu Pahat petang Sabtu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan