awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikat jamin pengurus kes rogol gadis bawah umur dilanjut

Bernama
Bernama
06/06/2013
05:39 MYT
Ikat jamin pengurus kes rogol gadis bawah umur dilanjut
Mahkamah Sesyen hari ini melanjutkan ikat jamin pengurus restoran yang dituduh merogol dan kemudian mengahwini mangsanya yang di bawah umur.
Hakim Ummu Khatom Abd Samad berkata ikat jamin itu dilanjutkan sehingga kes diselesaikan.
Peguam Kanan Persekutuan Jamil Ariffin berkata tertuduh dibebaskan dengan ikan jamin RM8,000 yang berakhir hari ini.
Ummu Khatom berkata perbicaraan kes itu akan dijalankan pada 1 hingga 4 Julai dan menetapkan 20 Jun untuk pengurusan kes.
Riduan Masmud, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.
Pada 21 Mei lepas, Mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis bawah umur itu.
Loretto J. Padua mewakili tertuduh yang hadir dengan isteri pertamanya sementara mangsa tidak hadir.
Peguam Datuk Mariati Robert menjadi pemerhati bagi Persatuan Undang-undang Sabah.
Topic Berkaitan
#kahwin bawah umur
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan