awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikhtiar damai cermin kematangan rakyat, perkukuh perpaduan - PM Anwar

Reuters
Reuters
19/03/2026
09:11 MYT
Ikhtiar damai cermin kematangan rakyat, perkukuh perpaduan - PM Anwar
Semalam, 30 wakil NGO daripada komuniti Melayu dan India bertemu bagi mencari titik perdamaian yang diadakan menerusi program Harmoni MADANI. - Gambar fail/Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan usaha perdamaian yang digerakkan badan bukan kerajaan (NGO) mewakili komuniti Melayu dan India sebagai cerminan kematangan rakyat dalam memilih jalan damai serta menolak perpecahan.
Beliau yang menyambut baik ikhtiar perdamaian itu berkata inisiatif berkenaan turut mengangkat semangat saling menghormati antara kaum.
“Inilah roh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.
“Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha berkenaan.
“Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” kata beliau.
Semalam, 30 wakil NGO daripada komuniti Melayu dan India bertemu bagi mencari titik perdamaian yang diadakan menerusi program Harmoni MADANI dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi kedua-dua komuniti secara baik dan menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#NGO
#perdamaian
#Harmoni MADANI
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan