awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ILO naik taraf Palestin kepada status negara pemerhati bukan anggota

Bernama
Bernama
05/11/2024
03:15 MYT
ILO naik taraf Palestin kepada status negara pemerhati bukan anggota
Pengiktirafan negara Palestin adalah penting untuk mencapai keamanan yang berkekalan. - Foto WAFA
NEW YORK: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengundi untuk menaik taraf status Palestin secara rasmi daripada "gerakan pembebasan" kepada "negara pemerhati bukan anggota," menurut laporan agensi berita Palestin, WAFA.
Keputusan itu dicapai semasa Persidangan Agung Lembaga Pengarah ILO yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Palestin (PGFTU), Shaher Saad bersama wakil-wakil kesatuan Arab dan antarabangsa.
Resolusi akhir persidangan, iaitu Resolusi 352 mengesahkan penerimaan Palestin oleh Lembaga Pengarah ILO.
Saad menjelaskan bahawa keputusan ini akan disahkan secara rasmi pada Persidangan Buruh Antarabangsa pada Jun 2025, satu langkah yang akan membolehkan Palestin menyertai sepenuhnya semua struktur ILO dan membuka laluan ke arah keanggotaan secara menyeluruh.
Keputusan itu mendapat sokongan meluas dalam persidangan terbabit, dengan tentangan hanya disuarakan oleh Israel.
Buat kali pertama, Palestin akan menyertai persidangan ILO 2025 dengan delegasi rasmi tiga pihak yang mewakili kerajaan, pekerja, dan majikan, menandakan penglibatan sepenuhnya dalam organisasi itu.
Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC) menyambut baik keputusan Lembaga ILO ini, dengan Setiausaha Agung ITUC, Luca Visentini menyifatkan pengiktirafan itu sebagai "tanda harapan dan solidariti" dengan rakyat Palestin yang menghadapi cabaran besar terhadap hak asasi manusia dan buruh.
Visentini juga berkata bahawa pengiktirafan negara Palestin adalah penting untuk mencapai keamanan yang berkekalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ILO
#Palestin
#negara pemerhati bukan anggota
#gerakan pembebasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan