awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa pemimpin tentera Iraq dibunuh dalam serangan
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Masjidil Haram tekankan ibadah sebagai kelangsungan langkaui Ramadan

Bernama
Bernama
27/02/2026
21:38 MYT
Imam Masjidil Haram tekankan ibadah sebagai kelangsungan langkaui Ramadan
Sheikh Abdulrahman Al-Sudais menyeru umat Islam agar memanfaatkan bulan suci ini untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan dan mempromosikan solidariti sosial, selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.
Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais menegaskan, Ramadan merupakan satu musim untuk membentuk kesan berpanjangan dan menyucikan jiwa melalui kewarakan, yang merupakan matlamat utama ibadah puasa.
Dalam khutbah Jumaat di Masjidil Haram pada Jumaat, beliau menjelaskan, hakikat sebenar puasa dizahirkan menerusi tutur kata yang jujur serta amal soleh, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Beliau turut menyeru umat Islam agar memanfaatkan bulan suci ini untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan dan mempromosikan solidariti sosial, selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.
Sheikh Al-Sudais menekankan bahawa manfaat sepenuhnya Ramadan terletak pada keupayaan menterjemah nilai-nilainya menjadi sahsiah yang kekal.
Tegas beliau, ibadah adalah satu perjalanan berterusan yang harus diteruskan walaupun selepas berakhirnya bulan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imam Masjidil Haram
#Sheikh Abdulrahman Al-Sudais
#Ramadan
#ibadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan