awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMAMS perlu pastikan kakitangan syarikat beragama Islam

Bernama
Bernama
15/12/2017
21:16 MYT
IMAMS perlu pastikan kakitangan syarikat beragama Islam
IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.- Foto REUTERS/Ahmed Jadallah
Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) perlu dengan serta-merta memastikan kakitangan syarikat tersebut hanya terdiri daripada individu yang beragama Islam.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam.
“Susulan pelancarannya , pelbagai reaksi diterima oleh MOTAC terhadap inisiatif tersebut.
“Dalam hal ini, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan,” menurut kenyataan itu.
BACA: PAPUH bantah pelaksanaan IMAMS
BACA: IMAMS: Akses rasmi tunggal visa umrah mulai hari ini
IMAMS yang dilancarkan pada Jumaat merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Sementara itu, MOTAC juga menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai IMAMS.
“Mereka juga perlu tahu hak-hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan sebanyak RM90.10,” katanya.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#IMAMS
#Malaysia
#umrah
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan