awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal NexG: Abu Hanifah Noordin perlu beri maklumat penuh - Ahli akademik
Konflik Asia Barat: IAEA sahkan kesan serangan berhampiran Loji Nuklear Bushehr
Asnida Daim didakwa pada Selasa - Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen selamatkan enam wanita warga asing jadi mangsa eksploitasi seks

Bernama
Bernama
29/08/2024
12:39 MYT
Imigresen selamatkan enam wanita warga asing jadi mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan lima wanita warganegara Vietnam dan seorang warga Thailand disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat di ibu negara, semalam. - Foto Facebook JIM
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyelamatkan lima wanita warganegara Vietnam dan seorang warga Thailand disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat di ibu negara, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata mangsa dijanjikan peluang pekerjaan yang sah, namun telah dieksploitasi sebagai pekerja seks sebaik tiba di negara ini.
"Sindiket mempromosi wanita warga asing ini melalui aplikasi dalam talian dengan wanita yang dipilih akan diuruskan langganannya di premis itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sindiket terbabit mengaut keuntungan dengan mengenakan kadar bayaran RM240 bagi sejam langganan, namun mangsa dipercayai diberikan upah RM100 bagi tempoh itu.
Ruslin berkata JIM turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki berperanan sebagai pengendali yang mengawal wanita warga asing berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#selamatkan wanita warga asing
#mangsa eksploitasi seks
#Vietnam
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan