awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Selangor tahan 38 warga asing atas pelbagai kesalahan

Bernama
Bernama
14/05/2025
14:34 MYT
Imigresen Selangor tahan 38 warga asing atas pelbagai kesalahan
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya dekat sini.
Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 11.15 pagi itu terdiri daripada warga Indonesia, India dan Myanmar berusia lingkungan 17 hingga 53 tahun.
"Kebanyakan mereka bekerja sebagai pembantu kedai di medan selera dan pasar basah.
"Siasatan dilakukan bagi kesalahan tidak mempunyai permit, permit tamat tempoh dan tidak mematuhi syarat permit untuk tinggal di negara ini," katanya kepada pemberita selepas operasi tamat.
Beliau berkata mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen Selangor
#warga asing
#Pasar Moden SS15
#pelbagai kesalahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan