awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gattuso letak jawatan ketua jurulatih Itali selepas gagal ke Piala Dunia
Sekurang-kurangnya 24 petugas kesihatan terkorban di Iran sejak serangan AS-Israel
Pelajar perlu seimbangkan penguasaan ilmu, adab dan akhlak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impak Michael Carrick ‘The Steady Hand’ di Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
25/02/2026
09:23 MYT
Impak Michael Carrick ‘The Steady Hand’ di Manchester United
Carrick dilihat sebagai figura yang mampu menyatukan pasukan, memulihkan keyakinan, dan membawa United kembali ke landasan yang konsisten. - StadiumAstro
SEJAK dilantik sebagai pengurus interim Manchester United, Michael Carrick telah membawa angin perubahan kepada pasukan yang sebelum ini dilanda ketidakstabilan. Setelah pemecatan Ruben Amorim, Carrick dipercayai mampu menyediakan kestabilan taktikal dan mental di Old Trafford, dan statistik di atas padang membuktikan yang dia berada di landasan tepat!
Di bawah kendalian Carrick, United kini mencatat rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan liga, termasuk kemenangan 1-0 penting menentang Everton dengan jaringan daripada Benjamin Sesko. United kini berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris, satu lonjakan dari awal musim yang kurang meyakinkan.
Carrick yang juga legenda kelab tidak datang dengan ego besar atau perubahan drastik. Sebaliknya pendekatannya lebih kepada menstabilkan semula sistem permainan, memberi kepercayaan kepada pemain muda, dan mengembalikan semula DNA asas United.
Kemenangan demi kemenangan di bawah kepimpinannya menunjukkan bahawa ketenangan kadang-kadang memberi impak lebih besar daripada revolusi besar-besaran.
Jika momentum seperti ini dapat diteruskan lagi, mungkinkah penyokong the Red Devils bakal lihat era kegemilangan Manchester United kembali? Apapun, dengan musim yang semakin sengit, Carrick dilihat sebagai figura yang mampu menyatukan pasukan, memulihkan keyakinan, dan membawa United kembali ke landasan yang konsisten.
  • Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Michael Carrick
#Manchester United
#pengurus interim
#bola sepak
#prestasi pasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan