awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Implan otak kini boleh baca buah fikiran

Amanz
Amanz
17/08/2025
05:00 MYT
Implan otak kini boleh baca buah fikiran
Pengaktifan BCI dikawal dengan kata laluan untuk elak pembacaan fikiran secara automatik, dan ketepatan sistem akan terus ditingkatkan. -Amanz
IMPLAN otak menjadi antara muka di antara otak dan komputer.

Ringkasan AI
  • Stanford University membangunkan sistem antara muka otak-komputer (BCI) yang berjaya membaca fikiran dengan ketepatan 74%.
  • Sistem ini membaca terus isyarat dari korteks motor otak tanpa bergantung kepada pergerakan fizikal, sesuai untuk pesakit lumpuh atau koma.
  • Pengaktifan BCI dikawal dengan kata laluan untuk elak pembacaan fikiran secara automatik, dan ketepatan sistem akan terus ditingkatkan.

Beberapa syarikat terkemuka seperti Facebook dan Neuralink membangunkan implan ini bagi membolehkan masa depan peranti dikawal dengan hanya berfikir.
Kini sebuah sistem antara muka otak-komputer(BCI) buat pertama kalinya berjaya membaca buah fikiran dengan ketepatan 74%.
BCI ini telah dibangunkan oleh Stanford University dengan ia dipasang pada bahagian korteks motor otak yang mengawal percakapan.
Stanford Medicine scientists have developed a brain-computer interface that reads thoughts from speech-impaired patients but only on their command potentially restoring rapid communication.https://t.co/XQE5OZ5eDo pic.twitter.com/E0NqBSOsqG
— Stanford Medicine (@StanfordMed) August 14, 2025
Empat peserta ujian adalah individu dengan lumpuh serius disebabkan oleh penyakit ALS dan strok pangkal otak.
Algoritma AI telah digunakan untuk membaca isyarat yang dihasilkan oleh korteks motor peserta dengan ia dilatih untuk mengenal pasti 125,000 perkataan.
Sistem baharu ini berbeza dengan BCI lain kerana ia terus membaca buah fikiran peserta.
Sistem terdahulu membaca isyarat yang dihantar otak ke bahagian mulut apabila mereka ingin bercakap atau isyarat ke tangan apabila ingin menulis.
Dengan sistem BCI baharu ini, secara teorinya fikiran insan yang lumpuh menyeluruh ataupun koma boleh dibaca.
Bagi mengelakkan semua yang difikirkan dibaca oleh algoritma, peserta diberikan kata laluan untuk mengaktifkan BCI sebelum ia mula membaca fikiran.
Penyelidik ini akan meningkatkan lagi kajian bagi meningkatkan ketepatan membaca fikiran. -Amanz
Topic Berkaitan
#Stanford University
#sistem antara muka otak-komputer
#baca fikiran
#korteks motor otak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami