awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin

Faida Rahim
Faida Rahim
08/12/2022
13:43 MYT
Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Ameer Ali berharap, cadangan untuk import telur ayam tidak dilaksanakan memandangkan bekalan telur di Malaysia masih cukup. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian kepada masalah sebenar di negara ini.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berharap cadangan itu tidak dilaksanakan memandangkan bekalan telur di Malaysia masih cukup.
“Saya kurang jelas kenapa YB Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) nak import telur ayam sedangkan bekalan di Malaysia masih cukup.
“Jadi sebetulnya bukan bekalan telur tak cukup di negara ini. Penyelesaian (sebenar) ialah hentikan eksport ke luar. Bila dieksport ke Singapura dan Hong Kong, mereka di sana untung.
“Pandangan saya mudah, kita harus berhenti eksport telur ke luar negara agar bekalan di sini mencukupi,” katanya kepada Astro AWANI.
Ameer mengulas pengumuman Mohamad bahawa kerajaan bersetuju mengimport telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.
Tambah Ameer, bekalan telur ayam yang cukup pada masa kini adalah Omega 3 yang harganya sedikit tinggi berbanding gred lain.
“Masalah sekarang bila tak cukup telur murah di pasaran, rakyat Malaysia terpaksa beli Omega 3. Sudah tentu mendatangkan masalah untuk peniaga kedai makan atau pembuat kek termasuk kedai roti kerana mereka terpaksa guna telur mahal jadi mereka terpaksa jual kek atau makanan dengan harga lebih tinggi.
“Ini akan memberi kesan kepada kos bekalan dan kos hidup di negara ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ameer Ali Mydin
#Mohamad Sabu
#isu telur
#bekalan telur ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan