awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India arah pelupusan 20,000 unggas di Kerala susulan penularan selesema burung

Bernama
Bernama
21/03/2026
06:19 MYT
India arah pelupusan 20,000 unggas di Kerala susulan penularan selesema burung
Operasi pelupusan yang bermula pada Sabtu akan dijalankan dalam radius satu kilometer dari kawasan yang terjejas oleh pasukan tindak balas pantas. - Gambar hiasan

Pihak berkuasa di negeri Kerala, selatan India telah mengarahkan pelupusan lebih 20,000 unggas berikutan penularan influenza avian (biasanya dikenali sebagai selesema burung), menurut laporan media tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha pembendungan yang dijalankan oleh pegawai di daerah Kozhikode dan Alappuzha yang terjejas akibat selesema burung tersebut.

Laporan menyatakan kira-kira 14,228 unggas di Kozhikode dan 5,961 unggas di Alappuzha akan dilupuskan.

Keputusan itu diambil selepas sampel yang dihantar ke Institut Kebangsaan Penyakit Haiwan Keselamatan Tinggi di Bhopal mengesahkan kehadiran influenza avian yang sangat patogenik.

Operasi pelupusan yang bermula pada Sabtu akan dijalankan dalam radius satu kilometer dari kawasan yang terjejas oleh pasukan tindak balas pantas yang ditugaskan oleh Jabatan Penternakan Haiwan.

Menurut pegawai, penyakit itu setakat ini hanya dilaporkan dalam kalangan unggas. Bagaimanapun, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya terus berwaspada dan melaporkan sebarang kematian unggas secara besar-besaran yang luar biasa kepada hospital veterinar terdekat.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#India
#Kerala
#selesema burung
#pelupusan unggas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan