awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India nafi Tentera Laut AS guna pelabuhan negara ketika serang Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
09:28 MYT
India nafi Tentera Laut AS guna pelabuhan negara ketika serang Iran
Bekas Kolonel Tentera Darat AS dan bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan, Douglas Macgregor, mendakwa Tentera Laut AS menggunakan pelabuhan India dalam konflik dengan Iran.

Kementerian Hal Ehwal Luar India menafikan dakwaan yang tular dalam talian bahawa Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan pelabuhan India susulan konflik dengan Iran, lapor Sputnik dan RIA Novosti.

“Dakwaan yang disebarkan oleh saluran AS, One America News Network bahawa Tentera Laut AS menggunakan pelabuhan India adalah palsu dan tidak benar. Kami menasihatkan agar tidak menyebarkan komen tidak berasas dan direka-reka seperti ini,” menurut kenyataan kementerian itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan oleh One America News Network, yang memetik bekas Kolonel Tentera Darat AS dan bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan, Douglas Macgregor, yang mendakwa Tentera Laut AS menggunakan pelabuhan India dalam konflik dengan Iran.
Pada 28 Februari, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap wilayah Israel serta pangkalan tentera AS di seluruh Timur Tengah.
Serangan terhadap Iran itu berlaku walaupun rundingan mengenai isu nuklear Iran yang diperantarakan oleh Oman antara Washington dan Tehran sedang berlangsung di Geneva.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#tentera laut india
#pangkalan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan