awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia gantung penerbangan antarabangsa: ANTARA mohon maaf tersalah lapor

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
23:04 MYT
Indonesia gantung penerbangan antarabangsa: ANTARA mohon maaf tersalah lapor
Butarbutar menegaskan bahawa insiden ini menjadi peringatan penting buat seluruh warga kerja ANTARA serta peluang untuk melakukan penambahbaikan menyeluruh dalam proses editorial dan langkah jaminan kualiti. - Foto X/ANTARA
Agensi Berita ANTARA hari ini mengeluarkan permohonan maaf rasmi kepada kerajaan dan masyarakat selepas menerbitkan laporan tidak tepat bertajuk “Kerajaan hentikan penerbangan antarabangsa susulan konflik Iran” yang disiarkan pada Selasa jam 5.27 petang waktu Jakarta.
Presiden Direktur ANTARA, Benny Siga Butarbutar, menjelaskan bahawa siasatan dalaman mendapati wartawan dan editor yang terlibat gagal menyelaraskan kandungan berita dengan konteks asal serta petikan sebenar sumber.
Kesilapan itu menyebabkan data yang dipaparkan tidak tepat, fakta tersasar daripada konteks, dan proses verifikasi tidak dipatuhi mengikut prosedur operasi standard agensi berkenaan.
“Butiran yang dilaporkan dalam berita itu tidak wujud,” tegas Butarbutar.
Beliau menjelaskan bahawa Menteri Sekretaris Negara, Prasetyo Hadi, ketika itu sebenarnya menjawab soalan wartawan berhubung isu kemungkinan penugasan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ke Gaza dalam peranan mereka di dalam Lembaga Keamanan (BoP).
Namun kandungan laporan tersebut langsung tidak berkaitan dengan konteks wawancara itu.
Menurutnya, ANTARA telah mengambil langkah pembetulan segera, termasuk menarik balik berita yang salah, mengeluarkan permohonan maaf rasmi, dan mengenakan tindakan tegas terhadap petugas editorial yang bertanggungjawab.
Butarbutar menegaskan bahawa insiden ini menjadi peringatan penting buat seluruh warga kerja ANTARA serta peluang untuk melakukan penambahbaikan menyeluruh dalam proses editorial dan langkah jaminan kualiti.
“Kami mengeluarkan klarifikasi ini sebagai bentuk ketelusan, akauntabiliti, serta tanggungjawab profesional kami sebagai wartawan di ANTARA,” katanya.
Beliau menutup kenyataan dengan ucapan permohonan maaf kepada Menteri Sekretaris Negara, masyarakat umum, serta semua pihak berkepentingan maklumat.
“Sekali lagi, kami memohon maaf dengan tulus dan mengucapkan terima kasih atas perhatian semua pihak,” katanya.
Topic Berkaitan
#Antara
#mohon maaf
#salah lapor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan