awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia jamin bekalan tenaga stabil, terkawal menjelang Aidilfitri

Bernama
Bernama
18/03/2026
13:16 MYT
Indonesia jamin bekalan tenaga stabil, terkawal menjelang Aidilfitri
Bahlil menjelaskan bahawa ketersediaan bahan api, gas petroleum cecair (LPG) dan elektrik kekal selamat serta mematuhi piawaian stok minimum nasional, dengan bekalan tambahan LPG dijangka tiba pada penghujung bulan ini. - Gambar fail
Indonesia memberi jaminan bahawa bekalan tenaganya kekal stabil, mencukupi dan terkawal tanpa sebarang gangguan dijangka berlaku sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri, meskipun berdepan ketidaktentuan global dan keadaan semasa di Selat Hormuz.
Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia berkata terdapat petanda positif awal dari Selat Hormuz, di mana dasar buka-tutup yang terkawal telah mula dilaksanakan bagi membolehkan komunikasi dan laluan kapal dari negara-negara yang tidak terlibat secara langsung dalam konflik itu.
“Kami mendapat sedikit 'nafas segar' apabila Selat Hormuz kini mula melaksanakan dasar buka-tutup. Ini bermakna bagi kapal-kapal dari negara selain Israel dan Amerika Syarikat, komunikasi kini boleh dijalankan. Ini sebenarnya satu perkembangan positif,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral.
Bahlil berkata di peringkat domestik, kerajaan terus memantau tahap stok tenaga secara rapi setiap hari bagi memastikan bekalan mencukupi merentasi sektor utama, termasuk elektrik dan bahan api isi rumah.
Beliau menjelaskan bahawa ketersediaan bahan api, gas petroleum cecair (LPG) dan elektrik kekal selamat serta mematuhi piawaian stok minimum nasional, dengan bekalan tambahan LPG dijangka tiba pada penghujung bulan ini.
“Bagi tempoh perayaan, tiada masalah. Bekalan arang batu untuk Perusahaan Listrik Negara (PLN) juga dikekalkan sekitar 14 hingga 15 hari, yang merupakan piawaian minimum nasional kami,” katanya.
Bahlil turut menolak kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan harga bahan api bersubsidi dalam tempoh terdekat, sambil menegaskan bahawa Indonesia mengguna pakai mekanisme dan dasar harga tersendiri yang berbeza dari negara lain.
Menteri itu berkata subsidi bahan api akan kekal di bawah kawalan kerajaan sekurang-kurangnya sehingga selepas tempoh Aidilfitri, dengan kestabilan harga dijangka dikekalkan melangkaui tempoh itu selagi harga minyak global berada pada tahap yang boleh diurus di bawah belanjawan negara.
Menurut beliau, kerajaan akan terus melindungi kuasa beli rakyat dan mengekalkan kestabilan harga di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#tenaga
#Hormuz
#konflik
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan