awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kutuk serangan bunuh tiga anggota pengaman di Lubnan - Prabowo 

Reuters
Reuters
05/04/2026
03:44 MYT
Indonesia kutuk serangan bunuh tiga anggota pengaman di Lubnan - Prabowo 
Prabowo berkata Indonesia berduka atas kehilangan anggota Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, yang gugur dalam menjalankan tugas melaksanakan misi mulia di Lubnan. - Instagram Prabowo Sugianto
Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengutuk serangan yang menjejaskan keamanan dan mengakibatkan kehilangan tiga askar terbaik Indonesia, semasa menjalankan tugas mereka sebagai pasukan pengaman dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
Prabowo berkata Indonesia berduka atas kehilangan anggota Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, yang gugur dalam menjalankan tugas melaksanakan misi mulia di Lubnan.
“Negara akan sentiasa mengangkat jasa pahlawan ini, menjunjung maruah perajurit kita dan memastikan pengorbanan mereka tidak dilupakan.
“Mari kita teruskan semangat dan keazaman untuk menjaga keamanan dan tidak memberi ruang kepada sesiapa yang ingin memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya dalam catatan yang dimuat naik di akaun Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by Prabowo Subianto (@prabowo)
Ketiga-tiga anggota itu dikenali sebagai Mejar Inf (Amerta) Zulmi Aditya Iskandar, Sarjan Mejar (Amerta) M. Nur Ichwan dan Koperal Kelas Pertama (Apostum) Farizal Rhomadhon.
Lima lagi anggota TNI cedera dalam kejadian pada 29 dan 30 Mac lepas iaitu Prebet Kelas Satu Rico Pramudia yang cedera parah, manakala empat lagi Leftenan Pertama (Inf) Sulthan Wirdean Maulana, Prebet Kelas Satu Deni Rianto, Prebet Kelas Pertama Bayu Prakoso dan Prebet Kelas Satu Arif Kurniawan cedera ringan.
Pada 3 April, tiga lagi pasukan pengaman Indonesia cedera berikutan letupan di El Addaiseh, selatan Lubnan.
Pada Sabtu, Menteri Luar Sugiono berkata Perancis, sebagai penyandang draf bagi Lubnan di Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan permintaan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat tergempar mengenai serangan maut terhadap pasukan pengaman di Lubnan.
Terdahulu, jenazah tiga anggota TNI yang terkorban tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 5.30 petang waktu tempatan Sabtu dan kemudiannya diterbangkan ke kampung halaman mereka di Cimahi, Magelang dan Kulon Progo dengan pesawat tentera selepas upacara ketenteraan diadakan untuk penghormatan terakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo
#Indonesia
#UNIFIL
#lubnan
#Terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan