awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mula pindahkan rakyat dari Iran susulan konflik memuncak di Asia Barat

Media Statement
Media Statement
06/03/2026
08:43 MYT
Indonesia mula pindahkan rakyat dari Iran susulan konflik memuncak di Asia Barat
Serangan berterusan oleh AS dan Israel ke atas republik Islam itu serta tindakan balas Iran telah menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ruang udara ditutup, sekali gus menyebabkan puluhan ribu warga asing terkandas di negara tersebut. -Gambar fail/AP
Indonesia hari ini memulakan proses pemindahan puluhan rakyatnya dari Iran susulan situasi peperangan yang semakin meruncing di rantau Asia Barat.
Serangan berterusan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas republik Islam itu serta tindakan balas Iran telah menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ruang udara ditutup, sekali gus menyebabkan puluhan ribu warga asing terkandas di negara tersebut.
Pegawai Kementerian Luar yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat Indonesia di luar negara, Heni Hamidah, berkata terdapat 329 warga Indonesia berada di Iran, sebahagian besarnya pelajar di bandar Qom.
“Pemindahan rakyat Indonesia di Iran bermula secara berperingkat hari ini, dengan fasa pertama dilaksanakan melalui Azerbaijan,” katanya kepada pemberita di Jakarta.
Menurut beliau, kumpulan pertama seramai 32 orang dijangka tiba di Jakarta pada 9 atau 10 Mac, namun enggan mengulas laporan bahawa sebahagian pemindahan dilakukan melalui jalan darat.
Di samping itu, pihak berkuasa Indonesia sedang menilai keperluan pemindahan dari negara Asia Barat lain, namun buat masa ini hanya operasi pemindahan di Iran dijalankan memandangkan situasi keselamatan yang lebih kritikal.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Iran
#pemindahan rakyat
#konflik Asia Barat
#Heni Hamidah
#Azerbaijan
#pelajar Indonesia Qom
#Kementerian Luar Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan