awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia pertimbang sistem peluru berpandu Itali, Perancis, Turkiye untuk kapal perang baharu

Bernama
Bernama
26/03/2026
14:20 MYT
Indonesia pertimbang sistem peluru berpandu Itali, Perancis, Turkiye untuk kapal perang baharu
Pemilihan peluru berpandu bagi kapal berkenaan masih dalam penilaian, dengan pelbagai pilihan sedang diteliti ketika ini. - Facebook Destroyers and Frigates
Indonesia sedang mempertimbangkan sistem peluru berpandu dari beberapa negara termasuk Itali, Perancis dan Turkiye untuk kapal perang yang baharu diterimanya, KRI Prabu Siliwangi-321.
Ketua Turus Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Muhammad Ali berkata, pemilihan peluru berpandu bagi kapal berkenaan masih dalam penilaian, dengan pelbagai pilihan sedang diteliti ketika ini.
"Peluru berpandu masih dalam pertimbangan. Terdapat beberapa pilihan, antaranya dari Itali, MBDA Perancis, dan kemungkinan juga dari Turkiye. Perkara itu masih dalam penelitian kami," katanya mengikut laporan agensi berita ANTARA pada Khamis.
Muhammad Ali berkata, keputusan mengenai sistem sensor kapal itu juga masih belum dimuktamadkan, meskipun sistem meriam utamanya telah dimuktamadkan.
KRI Prabu Siliwangi-321 tiba di Pelabuhan Tanjung Priok, pelabuhan utama Jakarta pada Khamis selepas belayar dari Itali, sekali gus menandakan aset terbaharu dalam armada tentera laut Indonesia yang kian berkembang.
Kapal perang berkenaan, yang dibina oleh syarikat pembinaan kapal Itali, Fincantieri, direka untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk rondaan, peperangan permukaan dan bawah permukaan, pertahanan udara, serta operasi kemanusiaan.
Menurut Angkatan Laut Indonesia, kapal itu telah menjalani ujian sistem senjata dan kesiapsiagaan tempur sebelum ketibaannya, termasuk ujian tembakan struktur meriam 127 milimeter semasa pelayaran terakhirnya.
Kapal itu dilengkapi dengan meriam utama 127 milimeter OTO Melara, meriam 76 milimeter Strales untuk sasaran udara jarak sederhana, sistem pelancaran peluru berpandu menegak, torpedo anti-kapal selam, serta senjata jarak dekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kapal perang
#TNI
#senjata
#perolehan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan