awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tetapkan Aidilfitri jatuh pada Sabtu

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
19/03/2026
13:25 MYT
Indonesia tetapkan Aidilfitri jatuh pada Sabtu
Memetik Kompas, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Agama republik berkenaan, Nasaruddin Umar, selepas sidang isbat di Auditorium KH. M. Rasjidi, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat, hari ini. - Foto Instagram Nasaruddin_Umar
Kerajaan Indonesia menetapkan 1 Syawal 1447H atau Hari Raya Aidilfitri 2026 jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.
Memetik Kompas, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Agama republik berkenaan, Nasaruddin Umar, selepas sidang isbat di Auditorium KH. M. Rasjidi, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat, hari ini.
“Hilal tidak terlihat di seluruh Indonesia, dari Aceh hingga Papua, dan tidak ada satu pun laporan melihat hilal.
“Dengan demikian, berdasarkan hasil hisab serta tiada laporan hilal terlihat, disepakati bahawa 1 Syawal 1447 Hijrah jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026,” kata Nasaruddin.
Penetapan Hari Raya Aidilfitri oleh kerajaan Indonesia melalui Kementerian Agama dibuat berdasarkan hasil pengiraan astronomi (hisab) dan pemantauan hilal (rukyatul hilal) dari 117 lokasi di seluruh Indonesia.
Pengumuman itu selari dengan tarikh yang ditetapkan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Indonesia
#Sabtu
#Nasaruddin Umar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan