awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri animasi dan rekaan boleh memacu ekonomi negara - Khairy

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
11/11/2015
07:55 MYT
Industri animasi dan rekaan boleh memacu ekonomi negara - Khairy
KHAIRY: Industri seni tempatan boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negara melalui beberapa aspek seperti inovasi dan kreativiti. - Foto BERNAMA
Kerajaan berharap penggiat industri seni menggunakan pertumbuhan pesat industri berkenaan untuk memacu ekonomi.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, industri seni tempatan boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negara melalui beberapa aspek seperti inovasi dan kreativiti.
"Asas seni adalah inovasi dan ia ada kaitan yang sangat rapat dengan pembangunan ekonomi. Bukan hanya dari segi pembelian, tetapi bagaimana kita dapat menggarapkan nilai kesenian itu sebagai satu usaha untuk membangunkan kreativiti di kalangan orang muda," katanya ketika ditemui pada sidang media Simposium Seni Kebangsaan 2015 di Bangsar South City, hari ini.
Tambahnya, antara industri yang boleh menjana ekonomi negara adalah industri animasi dan industri rekaan.
Pada masa sama, Khairy berharap simposium yang berlangsung selama dua hari ini dapat menarik peminat seni luar terhadap seni tanah air, sekali gus membantu pembangunaan negara.
"Diharap simposium kali ini akan membawa masuk pelabur asing dan pengaudit untuk melihat seni kita yang mana ada kelas tersendiri dan boleh digunakan sebagai cagaran.
"Ini adalah cara berbeza bagi melihat seni dan menghargai seni, sekali gus memacu ekonomi negara," katanya.
Pada 2014, keluaran dalam negara kasar (GDP) industri kreatif Malaysia kurang daripada dua peratus berbanding Korea dan Thailand 10 peratus, Indonesia 7 peratus dan Singapura 5 peratus.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#industri seni
#KBS
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan