awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri halal berpotensi besar tarik minat semua pihak - Ketua Menteri

Bernama
Bernama
02/07/2022
09:25 MYT
Industri halal berpotensi besar tarik minat semua pihak - Ketua Menteri
Kerajaan Pulau Pinang melihat industri halal berpotensi besar untuk menarik minat semua pihak dari seluruh dunia sejajar kemajuan ketika ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang melihat industri halal berpotensi besar untuk menarik minat semua pihak dari seluruh dunia sejajar kemajuan ketika ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, ini kerana industri halal turut mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bukan Islam malah mendapat kerjasama baik daripada semua pihak untuk membangunkan industri itu dalam pelbagai sektor.
"Perkara ini dapat dilihat selepas pembukaan semula sempadan negara. Industri halal berpotensi untuk mengembalikan semula pasaran dunia kembali ke paksinya.
"Bagi industri berkembang maju, kita mesti memanfaatkan sinergi berpotensi yang ada. Kita mesti memacu ekosistem yang ada dengan teknologi baharu dan meneroka semua bidang pertumbuhan termasuk melengkapkan usahawan halal dengan akses dan pengetahuan digital bagi memulakan pertumbuhan eksponen mereka," katanya berucap merasmikan Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC) di sini hari ini.
"Ini adalah jenis kerjasama harmoni yang berakar umbi dalam kalangan rakyat Pulau Pinang. Di sini, umat Islam dan bukan Islam secara aktif bekerjasama dalam mencapai matlamat yang sama untuk mencapai keamanan dan kemakmuran.
"Dengan kerjasama yang positif ini, kerajaan negeri melihat industri halal di Pulau Pinang mencatat pertumbuhan yang mengagumkan. Dengan gabungan ekosistem ekonomi, bakat manusia serta latar belakang cemerlang dalam pembuatan, logistik dan infrastruktur rantaian bekalan, saya yakin kita dapat menunjukkan potensi terbaik kita," katanya.
PIHEC 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia SPICE sejak semalam hingga esok menghimpunkan pengilang dan pembeli dari seluruh Asia Tenggara dengan menyediakan 161 reruai pameran merangkumi pelbagai sektor perniagaan dalam industri halal.
Usahawan yang menyertai ekspo ini mampu memaksimumkan rangkaian mereka melalui padanan perniagaan PIHEC 2022 untuk mengenal pasti rakan perniagaan baharu yang berpotensi.
PIHEC 2022 turut menganjurkan persidangan mengenai penyelarasan perniagaan pascaCOVID-19 dengan para panel membincangkan pelbagai topik seperti adaptasi teknologi halal yang mampan, cabaran logistik disebabkan inflasi yang tinggi dan jaminan makanan global. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri halal
#Ekspo Halal Antarabangsa
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan