awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri perkapalan desak perkhidmatan kastam 24 jam di Pelabuhan Pengerang

Bernama
Bernama
20/03/2026
14:39 MYT
Industri perkapalan desak perkhidmatan kastam 24 jam di Pelabuhan Pengerang
Pengasas Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyenderan. - Foto BERNAMA
Industri perkapalan menggesa pihak berkuasa supaya menangani isu operasi di Pelabuhan Pengerang, Johor dengan memudahcara penempatan pegawai tetap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta memperkenalkan perkhidmatan 24 jam.

Pengasas Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R. Jeyenderan dalam satu kenyataan berkata ketiadaan kehadiran kastam sepenuh masa di pelabuhan itu, selain waktu operasi terhad, menyebabkan kelewatan ketara apabila proses pelepasan kapal mengambil masa sehingga 10 jam.

Beliau yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri maritim berkata pejabat kastam yang kini memberi perkhidmatan di Pelabuhan Pengerang terletak di Sungai Rengit, kira-kira 20 minit perjalanan, sekali gus menimbulkan cabaran kepada operasi sensitif masa, khususnya di luar waktu pejabat.

“Operasi kastam hanya terhad pada waktu pejabat biasa, dari 8 pagi hingga 6 petang, dan ditutup pada hujung minggu, sedangkan operasi pelabuhan berlangsung 24 jam sehari. Di luar waktu itu, pengendali perkapalan perlu ke Pejabat Kastam Pasir Gudang yang memakan masa perjalanan pergi dan balik sehingga empat jam, tidak termasuk tempoh pemprosesan.

“Keadaan ini menyebabkan kelewatan kritikal. Proses dokumentasi di Pelabuhan Pengerang boleh mengambil masa antara lapan hingga 10 jam berbanding kurang tiga jam di Pelabuhan Singapura,” katanya.

Jeyenderan berkata sebagai contoh, sekiranya pemunggahan kargo selesai pada tengah malam dan Bil Muatan (BOL) dikeluarkan pada jam 3 pagi, pengendali tidak dapat memproses dokumen serta-merta berikutan pejabat Sungai Rengit ditutup.

Akibatnya, dokumen perlu dibawa ke Pasir Gudang untuk pengesahan sebelum jurumudi boleh dilantik bagi pelepasan kapal, sekali gus memanjangkan tempoh pusing ganti operasi.

Beliau berkata dalam sesetengah kes, kapal terpaksa berlabuh sementara menunggu pelepasan, yang turut menjejaskan jadual pelayaran serta meningkatkan kos operasi.

“Pelabuhan Pengerang merupakan pelabuhan mega strategik dengan potensi besar. Justeru, perkhidmatan sokongan penting seperti kastam perlu diselaraskan dengan keperluan industri bagi memastikan daya saing Malaysia kekal terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Pelabuhan Pengerang
#kastam
#operasi
#perkapalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan