awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 - Perangkaan

Bernama
Bernama
19/02/2026
07:30 MYT
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6 peratus berbanding 5.7 peratus pada Disember 2025. - Gambar fail
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6 peratus berbanding 5.7 peratus pada Disember 2025.
Ini diikuti oleh pendidikan yang menokok 3.2 peratus (Disember 2025: 2.8 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat 1.2 peratus (Disember 2025: 0.9 peratus) dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9 peratus (Disember 2025: 0.8 peratus).
Minuman beralkohol dan tembakau (2.5 peratus) serta kumpulan makanan dan minuman (1.5 peratus) mencatatkan kenaikan, peningkatan yang sama dicatatkan bulan sebelumnya, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#kadar inflasi
#2026
#DoSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan