awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025

Ingkar SOP, 60 lagi premis diarah tutup serta-merta - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2021
11:09 MYT
Ingkar SOP, 60 lagi premis diarah tutup serta-merta - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, seramai 180 individu dikompaun kerana melanggar SOP. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ekoran gagal mematahi prosedur operasi standard (SOP), 60 buah premis diarahkan tutup serta-merta dalam pemeriksaan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan berkata, kesalahan itu dikesan hasil daripada 78,506 pemeriksaan dilaksanakan di seluruh negara.
Selain itu, katanya, seramai 180 individu dikompaun dan 21 direman kerana melanggar SOP.
“Semalam, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,432 anggota telah melaksanakan 78,506 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pada Isnin dan sebanyak dua buah kapal dan dua buah kenderaan darat turut dikesan melalui aktiviti penglihatan.
Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan khas harian terhadap 10 jenis bekalan barangan keperluan asas.
Berdasarkan pemantauan tersebut, KPDNHEP mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.
“KPDNHEP telah membuat 762 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (578), pemborong (153) dan pengilang (31).
“KPDNHEP juga telah melakukan 2,379 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, semua premis mematuhi SOP,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Premis
#ingkar
#SOP
#Hishammuddin Hussein
#COVID-19
#pati
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.