awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues kematian Zara Qairina bermula 3 hingga 30 September

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
18/08/2025
02:45 MYT
Inkues kematian Zara Qairina bermula 3 hingga 30 September
Menurut Hamid, seramai 195 saksi telah disenaraikan untuk proses inkues, namun jumlah akhir masih tertakluk kepada keputusan Jabatan Peguam Negara. - Foto fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini menetapkan tarikh pendengaran inkues bagi kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bermula 3 hingga 30 September depan.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Koroner Kota Kinabalu tetapkan 3-30 September sebagai tarikh prosiding inkues kematian Zara Qairina - berlangsung selama 19 hari.
  • Seramai 195 saksi dikenal pasti, termasuk pelajar, guru dan pegawai perubatan - jumlah akhir bergantung pada susunan Jabatan Peguam Negara.
  • Peguam keluarga mohon akses dokumen bukti kes, dan akan bertindak sebagai wakil penyoal saksi - inkues dijalankan untuk kenal pasti punca dan unsur jenayah.

Penetapan tarikh tersebut dibuat oleh Hakim Koroner, Azrina Aziz, dalam sesi sebutan kes yang berlangsung pagi tadi.
Peguam keluarga, Hamid Ismail, memaklumkan bahawa prosiding sebutan berjalan lancar dan pihaknya turut mengemukakan permohonan rasmi untuk menjadi wakil yang menyoal saksi semasa pendengaran inkues nanti.
Menurut Hamid, seramai 195 saksi telah disenaraikan untuk proses inkues, namun jumlah akhir masih tertakluk kepada keputusan Jabatan Peguam Negara yang akan menyusun semula atau mengurangkan bilangan saksi mengikut keperluan.
“Kami juga telah memohon agar semua dokumen yang berada dalam simpanan Peguam Negara dan relevan sebagai bukti kes ini dapat diserahkan. InshaAllah akan diluluskan,” katanya kepada media.
Topic Berkaitan
#inkues kes kematian
#Zara Qairina Mahathir
#Azrina Aziz
#Hamid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan