awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues: Zara Qairina dituduh curi RM300 sehari sebelum insiden - Saksi

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2025
04:40 MYT
Inkues: Zara Qairina dituduh curi RM300 sehari sebelum insiden - Saksi
Pengawal keselamatan SMKA Tun Datu Mustapha itu memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tuduhan itu hanya diketahui selepas kejadian. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pagi tadi mendedahkan mangsa pernah dituduh mencuri sebelum ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Ringkasan AI
  • Inkues kematian Zara Qairina dedah mangsa pernah dituduh mencuri oleh pelajar lain sebelum ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai.
  • Saksi pengawal keselamatan sahkan tiada tindakan rasmi diambil berhubung tuduhan, dan aktiviti 'mesyuarat haram' pelajar senior masih disebut walaupun telah dilarang.
  • Prosiding inkues bersambung petang ini dengan soal balas lanjut di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Saksi keenam, Linah Mansoding @ Jaliha, 64, pengawal keselamatan SMKA Tun Datu Mustapha, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tuduhan itu hanya diketahui selepas kejadian.
Jelasnya, ia timbul daripada perbualan dalam kalangan pelajar asrama.
"Selepas kejadian itu, memang ada dengar budak-budak cakap Zara ini dituduh mencuri oleh A. Duit A hilang.
"Sebelum kejadian, A ada mengadu dompetnya hilang bersama RM300 dan kad bank, tetapi dia tidak sebut siapa yang dia tuduh," katanya ketika disoal peguam keluarga, Shahlan Jufri.
Linah menjelaskan, setiap dorm Tingkatan Satu mempunyai dua senior untuk memantau pelajar junior, dan ketua dorm Zara dikenali sebagai E.
Ketika ditanya mengenai tindakan susulan berhubung tuduhan itu, Linah berkata tiada tindakan rasmi diambil.
“Tidak, itu saja. Selepas Ustaz Rizani dengar perkara itu, mungkin dia hanya jumpa pelajar berkenaan secara peribadi,” ujarnya.
Linah turut mengesahkan dia biasa mendengar istilah 'MA', iaitu mesyuarat haram dalam kalangan pelajar senior yang sebelum ini sudah diharamkan.
“Itu dulu-dulu saja, mereka panggil junior untuk beri nasihat supaya hormat senior. Tapi sudah dilarang oleh pihak sekolah,” katanya.
Linah menjelaskan, larangan itu datang daripada pelajar Tingkatan Lima dan pihak sekolah selepas aktiviti itu dianggap bertentangan dengan peraturan.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung petang ini dengan soal balas lanjut dan keterangan seterusnya.
Topic Berkaitan
#inkues
#Zara Qairina Mahathir
#dituduh mencuri
#Linah Mansoding Jaliha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan