awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bot terbalik: Mangsa tidak pakai jaket keselamatan - Polis

Bernama
Bernama
07/06/2025
13:00 MYT
Insiden bot terbalik: Mangsa tidak pakai jaket keselamatan - Polis
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati bot berkenaan sedang dipandu uji dan dikendalikan sendiri oleh pemiliknya. - Foto BERNAMA
KLANG: Semua mangsa yang terlibat dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan di sini semalam dipercayai tidak memakai jaket keselamatan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati bot berkenaan sedang dipandu uji dan dikendalikan sendiri oleh pemiliknya.
Beliau berkata kegagalan memakai jaket keselamatan turut menyukarkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) dua daripada enam mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu.
"Mereka yang menjalankan aktiviti di laut perlu memakai jaket keselamatan kerana ia amat penting ketika kecemasan seperti kejadian bot terbalik, selain memiliki kemahiran berenang," katanya pada sidang media di lokasi pencarian di Tanjung Harapan, hari ini.
Vijaya berkata lokasi bot terbalik telah dikenal pasti, namun arus laut yang kuat dipercayai menghanyutkan dua mangsa yang masih hilang ke kawasan lain sebelum tenggelam.
Sementara itu, beliau berkata polis telah merakam keterangan daripada tiga individu, termasuk seorang mangsa yang terselamat.
"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut, seorang terselamat iaitu Alvin Chang Yan Qin, 17, manakala sepasang suami isteri masih hilang.
Mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah Darren Gan, 3; Cheu Son Hin, 50; dan Fong Yong Sen, 29, manakala yang hilang dikenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32, dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#Tanjung Harapan
#jaket keselamatan
#Polis Daerah Klang Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan