awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bot terbalik: Pemandu bot direman tiga hari

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
30/06/2025
03:20 MYT
Insiden bot terbalik: Pemandu bot direman tiga hari
Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian direman tiga hari di Mahkamah Setiu bermula hari ini. - Foto Astro AWANI
SETIU: Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian hingga mengorbankan nyawa tiga pelancong termasuk dua kanak-kanak direman selama tiga hari.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Setiu bermula hari ini hingga Rabu terhadap pemuda berusia 22 tahun itu.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dilaksanakan.
Terdahulu pada Ahad, pemandu bot berkenaan ditahan kira-kira jam 8 pagi selepas didapati positif dadah jenis nimetazepem.
Pemandu itu juga mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.
Pada Sabtu, bot yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga dan 40 tahun terbalik di Pulau Perhentian akibat ombak kuat dan cuaca buruk.
Insiden kira-kira jam 10 malam itu telah menyebabkan mangsa Arumugam Sativelo, 40 tahun, anaknya Sarrvihka Arumugam, 3 tahun, dan saudara mereka, Vennpani Vijeya Raj, 10 tahun, maut.
Kejadian itu juga mengakibatkan seorang lagi kanak-kanak berusia enam tahun kritikal.
Topic Berkaitan
#Pulau Perhentian
#bot terbalik
#pemandu bot
#reman
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan