awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden kekerasan peniaga, penguat kuasa MBI selesai cara aman - Exco

Bernama
Bernama
18/04/2025
13:30 MYT
Insiden kekerasan peniaga, penguat kuasa MBI selesai cara aman - Exco
Ng berkata penyelesaian itu bukan hanya meredakan tekanan, tetapi juga mengambil kira semua aspek secara menyeluruh. - Gambar Bernama
IPOH: Insiden kekerasan melibatkan seorang peniaga dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Rabu lepas, yang tular menerusi media sosial telah diselesaikan secara aman tanpa melibatkan tekanan daripada pihak luar.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching berkata penyelesaian itu bukan hanya meredakan tekanan, tetapi juga mengambil kira semua aspek secara menyeluruh.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandar Ipoh (Zamakhshari Hanipah) dan MBI kerana berjaya menyelesaikannya dengan pantas, melalui rundingan yang bertanggungjawab tanpa memanjangkan ketegangan.
"Paling penting, isu ini diselesaikan dengan cara yang paling baik demi mengembalikan keyakinan semua pihak," katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis MBI di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden provokasi dan kekerasan terhadap seorang anggota penguat kuasa MBI ketika menjalankan tugas di sebuah restoran.
Polis memaklumkan menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 40 tahun yang merupakan anggota penguat kuasa terlibat pada 6.43 petang Rabu.
Ng berkata pihaknya sentiasa bersedia mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa berbelah bahagi, namun pada masa sama harus bersedia mengakui dan memperbaiki kelemahan.
Beliau berharap agar semua Ahli Majlis dapat memainkan peranan secara proaktif bagi memastikan mereka menjadi ejen penghubung antara MBI dan masyarakat setempat.
"Sebagai ibu negeri, Ipoh bukan sahaja menjadi tumpuan pentadbiran dan ekonomi negeri, tetapi juga cerminan kepada keupayaan kita mentadbir secara efisien, progresif dan berpaksikan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#media sosial
#MBI
#ejen penghubung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan