awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden peniaga, DBKL di Jalan TAR: Polis terima laporan ibu ‘Abang Belon’

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/03/2025
05:00 MYT
Insiden peniaga, DBKL di Jalan TAR: Polis terima laporan ibu ‘Abang Belon’
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, laporan itu dibuat tengah malam Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’ berhubung kekecohan yang melibatkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, laporan itu dibuat tengah malam Ahad.
Menurutnya, setakat ini polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung insiden itu.
“Kita dalam proses melengkapan siasatan berdasarkan keterangan-keterangan saksi selain meneliti rakaman litar kamera tertutup (CCTV).
“Kita hanya merakam keterangan dan tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Sulizmie Affendy memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Polis membuka kertas siasatan susulan laporan yang dibuat seorang anggota penguat kuasa mengenai kejadian itu, pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi satu hantaran di Facebooknya mendakwa peniaga belon itu berkemungkinan mengalami patah tulang pinggang akibat diperlakukan secara kasar oleh beberapa anggota penguat kuasa.
Menurutnya, beliau sempat bertanyakan keadaan terkini peniaga belon sambil mendengar sendiri keluhan pemuda berkenaan menerusi panggilan video.
Sebelum ini, media melaporkan keadaan di Jalan TAR kecoh Jumaat malam susulan perselisihan antara peniaga belon dan penguat kuasa DBKL.
Berdasarkan dua rakaman video tular di media sosial sejak awal pagi Sabtu, berlaku aksi tolak menolak antara penguat kuasa DBKL dan sekumpulan peniaga yang cuba mempertahankan barangan jualan mereka.
Insiden itu turut menerima kencaman pelbagai pihak termasuk pemimpin yang mahu siasatan terperinci dilakukan segera.
Topic Berkaitan
#Abang Belon
#DBKL
#pergaduhan
#peniaga belon
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan