awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tular di Linkedua, Polis Johor dapat bantuan Polis Singapura kesan 2 suspek

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
12/07/2022
09:11 MYT
Insiden tular di Linkedua, Polis Johor dapat bantuan Polis Singapura kesan 2 suspek
Identiti kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang juga warga Singapura sudah dikenal pasti. - Gambar/ Media sosial
ISKANDAR PUTERI: Polis Johor bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mengesan dua suspek dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, identiti kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita yang juga warga Singapura sudah dikenal pasti.
Katanya, polis percaya kedua-dua suspek kini berada di republik itu.
"Kita sedang berurusan dengan pihak SPF untuk kesan suspek terbabit.
"Polis juga telah menerima laporan daripada mangsa yang merupakan warga Singapura," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Kecoh di Linkedua, wanita cabut nombor plat, tahan MPV daripada bergerak
Sebelum ini, tular sebuah rakaman video berdurasi dua minit enam saat berhubung kejadian terbabit di media sosial.
Video itu memaparkan tindakan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menahannya daripada bergerak di Linkedua menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Dalam rakaman video itu, wanita terbabit dilihat mencabut nombor plat kenderaan berkenaan dan membalingnya.
Ketika wanita itu beredar, seorang lelaki muncul dari sebuah kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran Singapura dan menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu MPV itu.
Dalam rakaman tular berlainan kes yang sama, wanita terbabit dilihat berdiri di hadapan MPV itu bagi menghalang laluannya.
Pada Ahad, Rahmat dilapor berkata, kejadian khianat itu dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.
Katanya dalam kejadian itu, MPV mangsa dipercayai mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan kereta dinaiki kedua-dua suspek dari arah kanan.
Topic Berkaitan
#kes tular
#LINKEDUA
#wanita tahan kereta
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan