awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor direman tiga hari maki hamun, cederakan anggota polis

Bernama
Bernama
05/12/2021
21:00 MYT
Inspektor direman tiga hari maki hamun, cederakan anggota polis
Soffian (gambar) berkata berdasarkan siasatan, lelaki berusia 35 tahun yang bertugas di negeri Perak itu sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib. -Gambar fail
GEORGE TOWN: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan kerana memaki hamun dan mencederakan anggota polis awal pagi semalam di Lebuh Queen, di sini, direman tiga hari bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata berdasarkan siasatan, lelaki berusia 35 tahun yang bertugas di negeri Perak itu sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib.
"Dalam kejadian 1.30 pagi itu, polis menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki sedang membuatbising disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dan kami terus ke lokasi, semasa proses memujuk suspek untuk berhenti membuat bising dia telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.
Malah lelaki itu juga enggan memberi kerjasama dan polis telah meminta suspek untuk pergi ke balai polis namun dia bertindak agresif serta melawan pihak polis mengakibatkan (suspek) cedera di bahagian siku kedua-dua tangannya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katanya pegawai polis itu kini direman selama tiga hari dan ditahan di Klinik Pakar Psikiatrik Jalan Perak untuk rawatan lanjut sementara polis menjalankan siasatan ke atas kes itu.
Menurutnya kes itu disiasat menurut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maki hamun
#Lebuh Queen
#inspektor polis direman
#Soffian Santong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan