awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insurans berkelompok peniaga dan penjaja dilaksana Januari

Bernama
Bernama
19/11/2012
07:44 MYT
Insurans berkelompok peniaga dan penjaja dilaksana Januari
Skim perlidungan insurans berkelompok bagi peniaga dan penjaja yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Belanjawan 2013 pada Sept lalu, akan dilaksana Januari ini.
Bagaimanapun, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, skim itu hanya untuk peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Tidak kira sama ada mereka penjual kuih, peniaga ikan atau nasi lemak asalkan berdaftar dengan SSM akan diberikan perlindungan insurans tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang 'durian runtuh' kepada lebih 2,000 generasi kedua Felda gugusan Bera di Felda Mayam, dekat sini, semalam.
Ismail Sabri berkata kerajaan turut menyasarkan pendaftaran sejuta peniaga, sekali gus mereka layak diberi perlindungan insurans itu.
"Lebih 20,000 peniaga dan penjaja telah berdaftar dengan SSM setakat ini, dan mereka yang belum lagi berdaftar segeralah berbuat demikian.
"Skim perlindungan insurans itu bertujuan memberikan perlindungan kepada mereka dan ia meliputi bayaran kos perubatan kepada mereka yang terbabit dalam kemalangan," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Skim perlidungan insurans berkelompok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan