awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inul hantar lebih 300 pekerja tunai haji, umrah: 'Beri kereta hanya bersifat sementara'

Astro AWANI
Astro AWANI
05/04/2026
15:14 MYT
Inul hantar lebih 300 pekerja tunai haji, umrah: 'Beri kereta hanya bersifat sementara'
INUL: Kalau beri hadiah televisyen, kereta atau motor misalnya, memang jadi kenangan, tetapi ia hanya biasa. Namun kalau umrah, itu akan jadi kenangan seumur hidup. - Foto Astro Gempak
PENYANYI dangdut Inul Daratista diketahui memang seorang majikan yang tidak lokek dan selalu menjaga pekerjanya dengan baik. Selain selalu memberi hadiah, Inul juga melakukan amal jariah dengan menghantar para pekerja menunaikan umrah dan haji.
Menurut Inul, perasaan menghantar para pekerja menunaikan umrah dan haji berbeza dengan sekadar membelikan barangan seperti kereta dan barangan elektronik hanya bersifat sementara.
Bagaimanapun pengalaman kerohanian seperti umrah atau haji akan membekas seumur hidup.
"Kalau beri hadiah TV, kereta atau motor misalnya memang jadi kenangan, tapi ia hanya biasa. Namun kalau umrah, itu akan jadi kenangan seumur hidup. Jadi saya selalu mahu memberikan hadiah dan kenangan seumur hidup untuk orang-orang yang saya bantu,” katanya seperti dilaporkan InsertLive.
Menurut Inul, sehingga kini dia telah menghantar sekitar 300 pekerja, keluarga dan orang yang meminta bantuan kepadanya menunaikan umrah.
“Pokoknya kebanyakan pekerja yang sudah lima tahun bekerja dengan saya akan dihantar tunai umrah,” ujar Inul lagi.
Mengikut laporan sama, Inul sepatutnya menunaikan umrah bersama keluarga dan ingin merayakan ulang tahun anak lelakinya. Namun hasrat tersebut ditangguhkan selepas melihat situasi konflik Asia Barat yang masih hangat.
Bagaimanapun sudah ada rombongan yang dibiayai Inul menunaikan umrah dan haji sudah pun berada di Tanah Suci Mekah.
“Alhamdulillah, ada rombongan yang menunaikan umrah sudah selamat di Madinah. Sementara saya hantar dua orang tunaikan haji tahun ini,” katanya lega. - Gempak
Topic Berkaitan
#Inul Daratista
#penyanyi dangdut Indonesia
#umrah dan haji
#hadiah pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan