awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IOC dikritik jual kemeja-T Olimpik era Nazi Berlin 1936

Astro AWANI
Astro AWANI
12/02/2026
23:18 MYT
IOC dikritik jual kemeja-T Olimpik era Nazi Berlin 1936
IOC mempertahankan jualan itu sebagai sebahagian daripada 'Heritage Collection', yang meraikan 130 tahun seni dan reka bentuk Olimpik. - Foto Olympic Shop
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerima kritikan hebat selepas kedai dalam talian rasmi Olimpik menjual kemeja-T berlogo Sukan Olimpik Berlin 1936, acara yang pernah digunakan Adolf Hitler dan rejim Nazi sebagai alat propaganda.
Kemeja-T itu memaparkan semula poster asal rekaan Franz Würbel, menampilkan figura lelaki berdaun laurel, gelang Olimpik, serta latar Brandenburg Gate bersama tulisan “Germany Berlin 1936 Olympic Games”.
Ia telah habis dijual di laman rasmi tersebut.
Ahli politik Jerman, Klara Schedlich, berkata IOC “gagal mencerminkan sejarahnya sendiri” dan menyifatkan pemilihan imej itu sebagai “tidak sesuai tanpa konteks jelas”, memandangkan temasya 1936 merupakan alat propaganda utama rejim Nazi.
Dalam kenyataan kepada BBC, IOC mempertahankan jualan itu sebagai sebahagian daripada 'Heritage Collection', yang meraikan 130 tahun seni dan reka bentuk Olimpik.
IOC berkata koleksi tersebut menampilkan poster dan simbol dari semua edisi Sukan Olimpik, termasuk Berlin 1936 yang menyaksikan 4,483 atlet bertanding dalam 149 acara.
IOC turut menegaskan bahawa konteks sejarah temasya 1936 dijelaskan di Muzium Olimpik di Lausanne, dan hanya sejumlah kecil kemeja-T itu telah dihasilkan.
Sukan Olimpik Berlin 1936 terkenal kerana dipergunakan Hitler untuk mempromosikan ideologi keunggulan kaum, meskipun rekod atlet seperti Jesse Owens, pemenang empat pingat emas, meruntuhkan mitos perkauman Nazi di pentas antarabangsa.
Kontroversi ini mencetuskan persoalan mengenai sensitiviti sejarah IOC, dengan pengkritik menyifatkan penjualan imej tanpa penjelasan sebagai tindakan “menormalisasi” estetika propaganda era Nazi.
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Berlin 1936
#IOC
#kemeja-T
#Nazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan