awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IOC hadkan kategori wanita kepada wanita biologi bermula LA28

Bernama
Bernama
26/03/2026
17:50 MYT
IOC hadkan kategori wanita kepada wanita biologi bermula LA28
Menurut Coventry, setiap atlet harus dilayan dengan bermaruah serta hormat dan menegaskan bahawa atlet hanya perlu disaring sekali sahaja seumur hidup mereka. - Gambar AP
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan polisi baharu yang mengehadkan kelayakan bagi kategori wanita di Sukan Olimpik atau mana-mana acara IOC yang lain kepada wanita biologi sahaja, lapor Xinhua.
Polisi yang diluluskan oleh Lembaga Eksekutif IOC pada Khamis itu akan berkuat kuasa bermula Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan tidak bersifat retrospektif.
Ia terpakai kepada semua acara kategori wanita, termasuk sukan individu dan berpasukan.
IOC menggalakkan Persekutuan Antarabangsa (IF) dan badan pengawal sukan lain untuk menerima pakai polisi itu semasa melaksanakan peraturan kelayakan bagi acara-acara IOC.
Di bawah rangka kerja baharu itu, kelayakan bagi kategori wanita akan ditentukan pada peringkat awal melalui saringan protein gen kawasan penentu jantina Y (SRY), iaitu ujian sekali seumur hidup menggunakan air liur, sapuan pipi atau sampel darah.
Ujian SRY digunakan untuk mengenal pasti sama ada kromosom Y lelaki wujud atau tidak.
Atlet yang dikesan negatif bagi gen SRY akan memenuhi kriteria kelayakan secara kekal.
Mereka yang dikesan positif SRY tidak layak untuk bertanding dalam kategori wanita di acara IOC, kecuali bagi kes terpencil melibatkan atlet yang didiagnosis dengan Sindrom Ketidakpekaan Androgen Lengkap (CAIS) atau perbezaan pembangunan jantina (DSD) jarang berlaku yang tidak mendapat manfaat daripada kesan peningkatan prestasi melalui hormon testosteron.
"Sebagai bekas atlet, saya amat mempercayai hak semua atlet Olimpik untuk menyertai pertandingan yang adil," kata Presiden IOC, Kirsty Coventry.
"Di Sukan Olimpik, margin yang paling kecil sekalipun boleh menjadi penentu antara kemenangan dan kekalahan. Oleh itu, amat jelas bahawa adalah tidak adil bagi lelaki biologi untuk bertanding dalam kategori wanita. Malah, dalam sesetengah sukan, ia juga tidak selamat."
Coventry menambah, setiap atlet harus dilayan dengan bermaruah serta hormat dan menegaskan bahawa atlet hanya perlu disaring sekali sahaja seumur hidup mereka.
Polisi itu dibangunkan susulan semakan IOC antara September 2024 dan Mac 2026, yang merangkumi perundingan dengan pakar perubatan, Persekutuan Antarabangsa dan atlet dari seluruh dunia.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Olimpik
#IOC
#polisi baharu
#wanita biologi
#Kirsty Coventry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan