awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh sasar 500,000 pelancong luar - Datuk Bandar

Bernama
Bernama
11/05/2023
15:25 MYT
Ipoh sasar 500,000 pelancong luar - Datuk Bandar
Sasaran itu adalah berdasarkan pencapaian hingga April lepas yang menyaksikan kira-kira 50,000 pelancong luar mengunjungi bandar raya Ipoh. - Gambar hiasan/Bernama
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyasarkan 500,000 pelancong luar negara akan mengunjungi bandar raya itu hingga hujung tahun ini sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata sasaran itu adalah berdasarkan pencapaian hingga April lepas yang menyaksikan kira-kira 50,000 pelancong luar mengunjungi bandar raya itu, iaitu peningkatan 10 kali ganda berbanding sebelum pandemik COVID-19.
"Sebelum pandemik, pelancong luar negara yang datang ke Ipoh hanya sekitar 4,600 orang namun setakat Mei, sudah ada 50,000 orang. Ini sudah menunjukkan peningkatan 10 kali ganda.
"Hujung tahun ini saya pasti kita akan memperoleh lebih daripada itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Serantau dan Pembentangan Promosi Bersama Pelancongan Jawatankuasa Eksekutif Bandar Raya Asia-Pasifik (TPO) ke-40 di sini hari ini.
Mesyuarat itu yang kali kedua diadakan di Ipoh selepas 2015, dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee,
Turut hadir Setiausaha Agung TPO Woo Kyoung-Ha.
Antara wakil bandar raya yang menghadiri mesyuarat itu termasuk Busan, Korea Selatan, Sanya (China), Ho Chi Minh City (Vietnam), Pariaman (Indonesia) serta Taiping dan Ipoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong luar
#Ipoh
#pelancongan
#Datuk Bandar
#MBI
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan