awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran beri amaran keras susulan serangan Israel, AS

Bernama
Bernama
28/02/2026
11:02 MYT
Iran beri amaran keras susulan serangan Israel, AS
AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai "serangan awal" terhadap musuh ketatnya bagi "menghapuskan ancaman". - Gambar/ AP
Iran mengeluarkan amaran keras susulan serangan ke atas wilayahnya oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami telah memberi amaran. Kini anda telah memulakan jalan yang akhirnya tidak lagi di tangan anda," kata Ketua Suruhanjaya Keselamatan, Ebrahim Azizi.
AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai "serangan awal" terhadap musuh ketatnya bagi "menghapuskan ancaman".
Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini berulang kali mengancam tindakan ketenteraan sekiranya penyelesaian menerusi rundingan berhubung isu nuklear gagal dicapai.
Menurut laporan saksi dari ibu negara Iran, Tehran, kediaman pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei antara yang terkena serangan.
Bagaimanapun, Khamenei dipercayai telah dipindahkan ke lokasi selamat.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian sebelum ini mengancam perang habis-habisan sekiranya Khamenei diserang. – BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#Amerika Syarikat
#tindak balas Iran
#Ayatollah Ali Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan