awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel

Bernama
Bernama
29/03/2026
13:54 MYT
Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel
AS dan Israel terus lancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Februari, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Sekurang-kurangnya 281 pelajar dan guru terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran sejak bulan lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan pegawai Iran pada Ahad.
Jumlah korban itu melibatkan 222 pelajar, empat kanak-kanak prasekolah, 48 guru, dan tujuh kakitangan pendidikan yang telah bersara, kata Ketua Pusat Penerangan dan Hubungan Awam di Kementerian Pendidikan, Hossein Sadeghi kepada agensi berita rasmi IRNA.
Beliau berkata seramai 185 pelajar dan kakitangan pendidikan turut cedera dalam serangan itu.
Sadeghi berkata serangan berkenaan telah merosakkan 789 kemudahan pentadbiran, kebudayaan, dan pendidikan, termasuk 700 sekolah, 40 bangunan pentadbiran, 30 kemudahan sukan, lima kem pelajar, dan 14 pusat kebudayaan serta pendidikan.
AS dan Israel terus melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, selain Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global serta penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#pelajar
#maut
#Serangan AS-Israel
#kemudahan pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan