awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan tunggal Gabriel lonjak The Cats ke tangga kedua
Anggota pasukan pengaman PBB cedera dalam serangan ke atas posisi UNIFIL di selatan Lubnan
Permohonan penggantungan tidak jejas prinsip hak 40 peratus Sabah - Mustapha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran dakwa kapal pengangkut pesawat AS Lincoln berundur selepas "dineutralkan"

Bernama
Bernama
14/03/2026
13:20 MYT
Iran dakwa kapal pengangkut pesawat AS Lincoln berundur selepas "dineutralkan"
Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) USS Abraham Lincoln (CVN-72) telah meninggalkan kawasan operasi di rantau itu selepas "dineutralkan" oleh pasukan tentera Iran, dakwa jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Iran. - Foto REUTERS

Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) USS Abraham Lincoln (CVN-72) telah meninggalkan kawasan operasi di rantau itu selepas "dineutralkan" oleh pasukan tentera Iran, dakwa jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik jurucakap, Abolfazl Shekarchi, media Iran pada Sabtu melaporkan bahawa kapal pengangkut pesawat tersebut berundur dari rantau berkenaan susulan apa yang disifatkannya sebagai "kekalahan bersejarah."

Shekarchi menggesa negara serantau supaya tidak mempercayai AS dan berkata "kuasa khayalan" Washington tidak dapat menjamin keselamatan negara Islam.

Beliau juga menyeru perpaduan dalam kalangan negara Islam untuk menghadapi apa yang disifatkannya sebagai ancaman yang diketuai oleh AS dan Israel.

Jurucakap itu berkata USS Abraham Lincoln (CVN-72), yang ditempatkan di rantau tersebut, adalah antara sasaran angkatan tentera Iran.

"Kapal perang terbesar AS telah dineutralkan oleh kekuatan negara Islam Iran dan terpaksa berundur dari zon operasi dalam satu kekalahan bersejarah," katanya.

Shekarchi mendakwa kapal pengangkut pesawat itu telah memulakan perjalanan pulang ke AS, tanpa memberikan butiran lanjut.

Menurut kenyataan AS sebelum ini, USS Abraham Lincoln (CVN-72) telah ditempatkan di Teluk Oman, manakala kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford (CVN-78) beroperasi di Laut Merah.

-- BERNAMA--ANADOLU

Topic Berkaitan
#USS Abraham Lincoln
#kapal pengangkut pesawat AS
#Iran
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan