awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran gesa tindakan PBB selepas Trump akui bekalkan senjata kepada pengganas

Bernama
Bernama
07/04/2026
11:42 MYT
Iran gesa tindakan PBB selepas Trump akui bekalkan senjata kepada pengganas
AS telah cuba menukar protes aman di Iran menjadi keganasan, kekacauan dan pertumpahan darah, kata Wakil Tetap Iran ke PBB Amir Saeed Iravani. - Gambar fail
Wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan segera selepas Presiden Donald Trump secara terbuka mengakui Amerika Syarikat (AS) cuba membekalkan senjata kepada pengganas di dalam Iran, sambil menyifatkannya sebagai pengakuan jelas menghasut keganasan dan pertumpahan darah, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
AS telah cuba menukar protes aman di Iran menjadi keganasan, kekacauan dan pertumpahan darah, kata Wakil Tetap Iran ke PBB Amir Saeed Iravani dalam sepucuk surat kepada setiausaha agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap pengakuan Trump bahawa Washington telah menghantar senjata ke Iran.
“Kami menghantar senjata api, banyak senjata api. Ia sepatutnya diberikan kepada rakyat supaya mereka boleh melawan samseng ini,” kata Trump kepada pemberita pada acara Easter di Rumah Putih.
“Anda tahu apa yang berlaku? Pihak yang mereka hantar senjata itu kepadanya menyimpannya,” tambah Trump, menurut Press TV.
Presiden AS itu tidak menamakan pihak yang didakwanya mengambil senjata berkenaan. Namun, seorang wartawan Fox News memetik Trump pada Ahad sebagai menyalahkan “perantara Kurdish” kerana mengalihkan senjata itu.
Dalam surat berkenaan, Iravani berkata kenyataan Trump mengesahkan pendirian lama Iran bahawa Washington telah mencetuskan ketidakstabilan.
“Tingkah laku sedemikian selaras dengan dasar lama AS untuk mewujudkan, membiayai dan membekalkan senjata kepada kumpulan pengganas di Asia Barat dan kawasan lain,” menurut surat itu.
“Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap Piagam PBB serta prinsip dan peraturan asas undang-undang antarabangsa.”
-- BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#wakil
#Majlis Keselamatan
#Donald Trump
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan