awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara mana yang dibenarkan Iran berlayar melalui Selat Hormuz?
Arab Saudi nafi dakwaan dorong konflik berpanjang dengan Iran
Konflik Asia Barat: Trump dakwa sokongan untuk Selat Hormuz semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran hargai sokongan Pakistan sebaik sahaja kapal tangki minyak 'Karachi' lalui Selat Hormuz

Bernama
Bernama
16/03/2026
15:43 MYT
Iran hargai sokongan Pakistan sebaik sahaja kapal tangki minyak 'Karachi' lalui Selat Hormuz
Abbas Araghchi berkata, Iran tetap teguh dan cekal dalam mempertahankan kedaulatan serta integriti wilayahnya. - Gambar fail
Iran menzahirkan penghargaan kepada Islamabad pada Isnin atas "solidariti" dan "sokongan" terhadap Republik Islam itu dalam peperangannya menentang Amerika Syarikat (AS) dan Israel, ketika sebuah kapal tangki minyak Pakistan berjaya melalui Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pada hari dan waktu yang diberkati ini, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada kerajaan dan rakyat Pakistan atas pernyataan solidariti serta sokongan padu mereka terhadap rakyat dan Kerajaan Republik Islam Iran dalam menghadapi pencerobohan oleh Amerika dan rejim Zionis," kata diplomat tertinggi Iran, Abbas Araghchi dalam satu hantaran di platform media sosial X.
Beliau berkata, Iran tetap teguh dan cekal dalam mempertahankan kedaulatan serta integriti wilayahnya.
Kenyataan itu dibuat ketika sebuah kapal tangki minyak Pakistan dilaporkan merentasi Selat Hormuz.
Kapal tangki yang sarat dengan minyak mentah itu telah melepasi Selat Hormuz dan kini sedang belayar menuju ke Pakistan, lapor Bloomberg yang memetik data pengesanan kapal.
Kapal jenis Aframax yang mengibarkan bendera Pakistan dengan nama “Karachi” itu melakukan pelayaran sepanjang Ahad dan kelihatan di perairan Sohar, Oman menjelang pagi Isnin.
Tehran telah menutup Selat Hormuz, satu daripada laluan perkapalan minyak antarabangsa yang paling kritikal, sejak awal Mac selepas Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran.
Serangan itu setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#abbas araghchi
#Ali Khamenei
#Iran
#Pakistan
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan