awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran nafi dakwaan peluru berpandu dilancar ke arah Turkiye

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
06:15 MYT
Iran nafi dakwaan peluru berpandu dilancar ke arah Turkiye
Iran menegaskan bahawa kedaulatan negara jiran adalah keutamaan dalam doktrin pertahanannya.
Markas Staf Am Angkatan Tentera Iran menafikan dakwaan pihaknya melancarkan peluru berpandu ke arah Turkiye, susulan laporan Ankara bahawa sistem pertahanan udara NATO telah memintas sebuah projektil yang dikesan merentasi ruang udara Iraq dan Syria semalam.
Menurut kenyataan tersebut yang dipetik agensi berita Mehr, Iran menegaskan bahawa kedaulatan negara jiran adalah keutamaan dalam doktrin pertahanannya.
“Angkatan tentera Republik Islam Iran menghormati kedaulatan negara jiran dan sahabat, Turkiye, dan menafikan sebarang pelancaran peluru berpandu ke arah wilayah negara tersebut,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum ini melaporkan bahawa peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran telah dikesan melalui ruang udara Iraq dan Syria sebelum menghampiri sempadannya, sebelum ia berjaya dipintas oleh aset pertahanan udara NATO di Mediterranean Timur.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dalam reaksinya berkata Ankara sedang mengambil semua langkah berjaga-jaga melalui rundingan bersama sekutu NATO, selain mengeluarkan amaran dalam nada paling jelas bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
Topic Berkaitan
#Iran
#Turkiye
#NATO
#peluru berpandu
#Recep Tayyip Erdogan
#pertahanan udara
#Iraq
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan